Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial berhubung pengakuan pelakon, Luqman Hafidz yang telah bercerai dengan isterinya, Nurul Atiqah pada Jun lalu.

Susulan itu, Atiqah atau nama sebenarnya Nurul Atiqah Mat Apandi, 31, menerusi ruangan Instagram seakan mendedahkan punca penceraian mereka adalah disebabkan oleh wujud pihak ketiga.

Berdasarkan sebuah komen, Atiqah mengucapkan terima kasih kepada seorang wanita iaitu, Eryn kerana berjaya meruntuhkan mahligai cintanya bersama Luqman.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Luqman dan Eryn kerana telah bersama-sama meruntuhkan rumah tangga saya. Semoga kalian bahagia di atas penderitaan dan kesedihan saya. Sekian, terima kasih,” tulisnya.

Dalam pada itu, Atiqah menerusi tangkapan skrin di Instagram miliknya memuat naik pengakuan daripada salah seorang pengikutnya yang pernah melihat Luqman bersama seorang wanita.

“Stay strong. Sebenarnya saya pernah nampak bekas suami awak di Pulau Pinang dengan perempuan lain, sebelum awak update fasal homewreck.

“Dia beratur belakang saya masa beli nasi ayam. Tauke kedai tu tanya, datang shooting ke? Dia jawab, datang bercuti.

“Perempuan tu tak pakai tudung, tapi awak pula bertudung,” dedah individu berkenaan.

Sekadar info, Luqman dan Nurul Atiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Eve Laura, setahun.

Artikel Berkaitan: Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai 7 Bulan Lepas – “Saya Mohon Titipkan Doa Yang Baik-Baik”

Aqilah Paharuzi