Beli Katil Harga RM10,000, Che Ta Sakit Hati – “Kalau Kualiti Macam T*ik! Macam Mana Nak Support?”

Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memaklumkan, dia berasa kecewa apabila katil yang baru dibelinya dengan harga mencecah hampir RM10,000 itu tidak berkualiti.

Meluahkan rasa kecewa terhadap produk tempatan, Che Ta menerusi hantaran di TikTok mengaku sakit hati apabila menyifatkan harga katil yang dibelinya itu tidak berbaloi dengan kualiti dan hasil kerja yang ditunjukkan.

“Produk lokal, harga international… Kualiti macam taik!,” katanya.

Tidak habis di situ, Che Ta berpendapat bagaimana masyarakat tempatan mahu menyokong produk hasil keluaran negara sekiranya kualiti yang diberikan kepada pembeli  tidak setanding dengan harga yang dikenakan.

“Macam mana nak sokong produk lokal kalau harga berdentum tapi tengok la kualiti dia! Ni baru tunjuk bucu, belum pusing keliling katil lagi. Sakit betul hati!,” jelasnya.

@rozitachewan1 Mcm mana nk support produk local kalau harga berdentum tp tgk la kualiti dia! Ni baqu tunjuk bucu , blm pusing kelililng katil lg .. sakit betul hati kiter . #fyp ♬ Manis Manis Lebaran – New Boyz & Sofaz & Lips & Saidatul Erma

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan teraju utama drama Kebaya Kasut Kanvas itu mengenai kualiti produk tempatan.

Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memaklumkan, dia berasa kecewa apabila katil yang baru dibelinya dengan harga mencecah hampir RM10,000 itu tidak berkualiti.

Meluahkan rasa kecewa terhadap produk tempatan, Che Ta menerusi hantaran di TikTok mengaku sakit hati apabila menyifatkan harga katil yang dibelinya itu tidak berbaloi dengan kualiti dan hasil kerja yang ditunjukkan.

“Produk lokal, harga international… Kualiti macam taik!,” katanya.

Tidak habis di situ, Che Ta berpendapat bagaimana masyarakat tempatan mahu menyokong produk hasil keluaran negara sekiranya kualiti yang diberikan kepada pembeli  tidak setanding dengan harga yang dikenakan.

“Macam mana nak sokong produk lokal kalau harga berdentum tapi tengok la kualiti dia! Ni baru tunjuk bucu, belum pusing keliling katil lagi. Sakit betul hati!,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan teraju utama drama Kebaya Kasut Kanvas itu mengenai kualiti produk tempatan.

Salma Syahbuddin