Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Pelakon Elfira Loy yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Faris Khairol Anuar mengakui jejaka itu mempunyai visi masa depan.

Tambah pelakon berusia 24 tahun ini, tunangnya amat memahami rentak keluarganya.

“ Walaupun tempoh perkenalan kami memang singkat tetapi keperibadian Faris amat menarik perhatian saya.

“ Segala rancangan hari bahagia kami berjalan lancar. Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya,” katanya.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy bersyukur dipertemukan dengan jejaka yang bakal menjadi imam dalam hidupnya seterusnya berdoa agar hubungan mereka kekal sehingga ke pelamin.

Ramai peminat berteka-teki mengenai Tarikh pernikahan pasangan sejoli ini.  Menurut sumber terdekat dengan keluarga Elfira, pasangan ini dikatakan akan bernikah pada Disember depan.

Sementara itu, Elfira belum bersedia mendedahkan tarikh majlis pernikahannya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017. Namun, hubungan mereka secara rasminya terputus pada 18 Februari lalu.

SGMS Faida