Categories: Sihat

Boleh Menyebabkan Kematian Kanak-Kanak, Ini Fakta Tentang Penyakit Difteria Yang Perlu Anda Tahu

Pada 15 Oktober yang lalu, seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat Severe Diphtheria with Multiorgan Failure.

Melalui ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kanak-kanak tersebut menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium Diphtheriae iaitu kuman penyakit difteria. 

Mungkin kes ini mengejutkan para ibu bapa, tapi ketahuilah bahawa penyakit difteria ini boleh menyebabkan punca kematian anak anda. HATI-HATI!

Foto: Netdoctor

Jadi, ini antara fakta tentang penyakit difteria yang wajib anda ketahui:

Apa itu difteria?

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium Diphteriae. Bakteria ini menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher sehingga pesakit sukar untuk bernafas.

Tanda & gejala

  • Keletihan
  • Bengkak pada kelenjar leher
  • Lendir hidung berbau dan bercampur darah
  • Sukar bernafas
  • Sakit tekak
  • Demam panas
  • Batuk
  • Sukar menelan
  • Sakit kepala

Cara jangkitan

Melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap dan boleh merebak melalui sentuhan.

Foto: Netdoctor

Komplikasi

  • Kerosakan saraf
  • Kerosakan otot jantung
  • Lumpuh
  • Kegagalan pernafasan
  • Kematian

Cara pencegahan

Sekiranya anak anda mengalami tanda-tanda ataupun gejala difteria, bawa mereka dengan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, dapatkan vaksin atau imunisasi di klinik-klinik kesihatan. Suntikan vaksin ini dapat membantu menguatkan sistem imuniti anak anda. 

Kesimpulannya, jangan ambil mudah dengan penyakit ini, ketahuilah bahawa anak anda yang masih kecil memerlukan vaksin untuk melindungi dirinya daripada bakteria berbahaya. Jika anda tidak yakin tentang sesuatu vaksin, dapatkanlah nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Sumber: Kp.Kesihatan

tex_admin