Ben Amir Teruja Selesai Ambil Kursus Kahwin – “Harap Bakal Pasangan Pandai Masak, Main Gym…”

Pelakon, Ben Amir, 33, meluahkan rasa teruja apabila selesai mengambil sijil kursus kahwin bersama rakan baiknya, Erin Adlina.

Menerusi hantaran di Instagram, Ben berharap dia akan mendapat seorang kekasih yang aktif bermain gym, pandai memasak dan menyayanginya tanpa syarat.

“Dah boleh kahwin! God, please send me a cute gym girl, pandai masak, loyal and love me unconditionally,” katanya.

Berdasarkan muat naik tersebut, Ben berkongsi semula Instagram Stories (IGs) dimuat naik oleh rakan baiknya yang mendoakan agar aktor drama bersiri Sweet Dreams itu mendapat pasangan terbaik.

“Honestly the best decision we made during lockdown was to attend virtual kurus kahwin. Ustaz tadi cakap now kena physical dah. Phew! Thank you my kursus buddy, we did it!

“Happy dia, pergi cari girlfriend elok-elok. I doakan only the best for you when you’re ready okay my friend,” tuturnya.

Aqilah Paharuzi