Bengang Anjing Peliharaan Mati Diracun, Fezrul Khan Minta Individu Jangan Busuk Hati & Tunjuk Pandai – “Bunuh Dapat Pahala Berganda Ke?”

Pelakon Fezrul Khan meluahkan rasa bengang di Instagram miliknya apabila ada individu yang membunuh anjing peliharaannya jenis K9.

Menerusi hantarannya, dilihat seekor anjing berwarna hitam yang diberi nama Bobo mati akibat diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab di kebunnya baru-baru ini.

Terkilan dengan tindakan individu itu, Fezrul mempersoalkan adakah pembunuh tersebut mendapat pahala berganda dengan berbuat sedemikan.

“Bukak Al-Quran baca surah Al-Maidah baru sembang dengan saya. Kira membunuh anjing saya di kira dapat pahala berganda-ganda?

“Tak apa biar Allah je yang balas… kata Islam itu mudah kalau macam ni kira Islam itu menyusahkan la. Bangsa lain pun tengok agak menyusahkan,” katanya.

Lagi, pelakon itu menjelaskan bahawa anjing peliharaannya itu bukan jenis anjing yang murah malah banyak kegunaan dan diguna oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Video Di IGS, Fezrul Khan Pelihara Anjing K9?

“Tau berapa harga seekor anjing K9? Kalau runtuhan bangunan siapa yang kita guna untuk mencari mangsa, orang hilang kita guna siapa.

“Banyak lagi kegunaan dia, jangan ingat anjing K9 ini murah ya. Setiap ciptaan Allah semua bersebab. Simpan sikit busuk hati tu dan jangan tunjuk pandai,” luah Fezrul.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut berasa geram dengan tindakan individu yang sengaja membunuh anjing penjaga kebunnya dan menyifatkan perbuatan individu sebagai kejam.

Atiqah Johari