Filem By: Halimey Zamal November 3, 2022 @ 4:39pm

Berang Dahi Disamakan Dengan Padang Bola, Respons Sajat Buat Netizen Ketawa!

Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular sebuah video dirinya tidak berpuas hati terhadap seorang wargamaya yang menegur keadaan dahinya.

Menerusi video berdurasi 46 saat yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, Sajat berang kerana dahinya dikatakan sangat luas oleh netizen dan respons balas usahawan itu telah membuat ramai warganet terhibur.

“Dahi kau dengan dahi aku, aku tiga tau. Haa cuba kau ukur dahi kau berapa?

“Kau kata luas! Aku pun tak pernah kata dahi aku luas, first time aku dengar orang kata dahi aku luas.

“Kau dahi empat, lima kau memang gelombang kapal terbang,” jelas Sajat.

Selain itu, menerusi entri tersebut Sajat seolah-olah cuba melakonkan aksi seorang pramugara yang sedang melakukan ‘announcement’ di dalam kapal terbang.

“Assalamualaikum. Salam sejahtera, kepada anak kapal-kapal kita sekarang akan berada di sekarang kita di kawasan lima ratus tiga per tanah antara dasar laut,” selorohnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi Sajat dan wargamaya juga terikut dengan tindakan usahawan itu dengan mengukur dahi masing-masing.

“Bila Sajat suruh ukur dahi, aku ukur hmmm takpelah malu nak cakap berapa ukuran dahiku,” tulis seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 972,000 tontonan dan menerima lebih 34,000 tanda suka

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Featured Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Filem Fri, 3 Aug 2018

李健成语太深奥吓跑《好声音》学员?

本周《中国好声音》第三期,迎来曾被泰勒•斯威夫特本人点赞的华裔音乐人,在面对心仪的声音,李健试图用自己拿手的“成语“打动学员,不料却意外受挫,还差点吓跑学员!

Trending Fri, 13 Mar 2020

[TERKINI] Pelawat Tidak Dibenarkan Berada Di Hospital, Covid-19 Catat Kes Pertama Di Sabah

Takutnya min dengar, semoga warga Tawau juga dilindungi dari penularan virus ini

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Fri, 8 Sep 2023

Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Wahh support cinta hati! ❤️‍🔥❤️‍🔥

Events Sun, 17 Mar 2019

王力宏相约歌迷唱到2060年!赞大马歌迷最厉害

阔别大马3年多的王力宏依然嘴甜,他说:“我出道20几年,环绕世界不知多少圈,但你们(大马歌迷)最厉害,我真的好想念你们。”