Berantai Emas Ketika Hadiri Konsert? Penampilan Hael Husaini Cetus Tanda Tanya

Sejak kebelakangan ini penampilan penyanyi popular, Hael Husaini sering mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan seakan-akan selebriti K Pop.

Bagaimanapun, penampilannya pada konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN:Tampil Berambut Kerinting, Penampilan Hael Husaini Di Konsert Terpaling Juara Buat Peminat Wanita Cair

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya, Hael dilihat mengenakan pakaian serba merah yang dipadankan denganĀ  ā€˜gloveā€™ berwarna hitam pada kedua-dua bahagian tangannya.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah aksesori rantai yang digayakannya pada malam itu.

Ā 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sama ada rantai itu hanya berwarna emas ataupun memang barangan kemas.

Malah, ada juga yang tampil bertanya mengapa Hael mengenakan gincu merah pada malam persembahannya itu.

Terdahulu, timbul dakwaan bahawa penyanyi itu dikatakan seolah-olah mahu meniru gaya dan penampilan pelakon kacak Korea Selatan, Lee Min Ho termasuklah merubah wajahnya.Sejak kebelakangan ini penampilan penyanyi popular, Hael Husaini sering mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan seakan-akan selebriti K Pop.

Bagaimanapun, penampilannya pada konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN:Tampil Berambut Kerinting, Penampilan Hael Husaini Di Konsert Terpaling Juara Buat Peminat Wanita Cair

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya, Hael dilihat mengenakan pakaian serba merah yang dipadankan denganĀ  ā€˜gloveā€™ berwarna hitam pada kedua-dua bahagian tangannya.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah aksesori rantai yang digayakannya pada malam itu.

Ā 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sama ada rantai itu hanya berwarna emas ataupun memang barangan kemas.

Malah, ada juga yang tampil bertanya mengapa Hael mengenakan gincu merah pada malam persembahannya itu.

Terdahulu, timbul dakwaan bahawa penyanyi itu dikatakan seolah-olah mahu meniru gaya dan penampilan pelakon kacak Korea Selatan, Lee Min Ho termasuklah merubah wajahnya.

Salma Syahbuddin