Berat Badan Naik, Laudya Cynthia Bella Pregnant?

Pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan ini mengakui berat badannya semakin bertambah sejak mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Engku Emran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Bella, beliau memberitahu berat badannya naik sehingga 6 kilogram. Oppsss!

“Ketika mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, berat badan saya ialah 49kg dan sekarang sudah mencecah 55 kilogram. Tapi bukan saya sahaja, berat badan suami saya juga mengalami perkara yang sama.” Katanya

Berat badannya yang semakin naik itu membuatkan beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti sukan namun ianya agak terhad memandangkan Bella kini sibuk menjalani penggambaran.

Terbaharu, Bella atau nama sebenarnya Laudya Cynthia Bella ini kini berada di Korea atas urusan kerja. 

So, berat badan Bella naik bukanlah disebabkan mengandung okay! Hati senang pun, badan boleh naik tau!

Salma Syahbuddin