Featured By: Maya Basir December 21, 2022 @ 7:30pm

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Penyanyi Ernie Zakri memberitahu pernah mengalami masalah berat badan selepas bersalin sehingga menangis di depan suaminya, Syamel.

Memetik laporan Harian Metro, tidak mudah bagi Ernie untuk menurunkan berat badan selepas menjadi seorang ibu dan memahami situasi wanita yang berdepan dengan masalah sama.

“Saya pernah mengadu kepada Syamel sehingga menitiskan air mata kerana kesukaran untuk mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan anak.

“Jadi, saya faham perasaan Uyaina apabila berhadapan ‘body shaming’ yang dilemparkan oleh segelintir pihak. Proses setiap individu tidak sama.

“Ada yang mudah untuk menurunkan berat badan dan ada juga yang mengambil sedikit masa untuk kembali mendapatkan berat badan ideal,” katanya.

Namun kini, Ernie lebih mementingkan kesihatan diri selepas melahirkan anak dan disebabkan faktor usia yang sudah di fasa 30-an.

Menurutnya, fokus dan visi utama adalah kesihatan dalaman berbanding bentuk badan yang kurus semata-mata.

Saya lebih mengutamakan kesihatan dalaman yang perlu pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak. Itu yang menjadi fokus utama berbanding bentuk tubuh.

“Biarlah proses itu mengambil sedikit masa, asalkan dalaman sihat. Memang tidak dinafikan penampilan penting bagi selebriti, tetapi tidak perlu tergesa-gesa,” katanya.

Untuk rekod, Ernie telah mendirikan rumah tangga bersama Syamel pada 22 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata, Nur Khawla Soleha yang kini berusia sembilan bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Aug 2022

Adegan Cium Dengan Lizzy, Jay Iswazir Enggan Komen

Alamak!! Tuan badan taknak komen ye. Apa-apaPun tak sabar nak tengok Abang Long Fadil 3.

Trending Fri, 3 Aug 2018

Air Terjun Setinggi 108 Meter Dalam Gedung Pencakar Langit

Liebian International Building yang terletak di Guiyang, China bahagian Barat Daya mempunyai air terjun buatan yang paling tinggi 108 meter

Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Trending Sat, 7 Sep 2019

Kerana Mengandung Di Belasah Teman Lelaki

Sudahlah sedang mengandung 5 bulan dipukul teman lelaki dengan teruk

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Mon, 10 Apr 2023