Bercakap Makin Tak Jelas, Doakan Fendy Bakry!

Kesihatan pelakon Fendy Bakry yang mengalami penyakit misteri sebelum ini dilaporkan dalam fasa merosot. Hal ini disahkan sendiri oleh kakaknya sendiri yang hanya mahu dikenali sebagai Fahaniza.

“ Makin lemah dan pertuturannya semakin tidak jelas. Sampai pegang telefon pun tidak boleh,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Pelakon meningkat naik itu dilaporkan mengalami sakit kepala dan badan lemah ketika sedang menjalani penggambaran. 

Fendy kini berada di Perlis untuk mendapatkan rawatan secara perubatan Islam bagi mencari punca sebenar penyakitnya.

Terdahulu, pelakon berusia 30 tahun ini sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.

“Setakat ini keluarga sudah membawanya menjalani beberapa pakar rawatan perubatan Islam namun keadaannya masih sama.

“Insya-Allah kami akan terus berusaha dan saya bagi pihak keluarga juga berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Fendy,” jelasnya.

Untuk Fendy, kami doakan agar kesihatan anda pulih seperti sedia kala, Insha Allah!

SGMS Faida