PANAS! Sheeda Gelar Ifa Raziah Wanita Plastik Dan Penipu

Kecoh di media sosial apabila penyanyi dangdut Sheeda memuatnaik sebuah status beserta gambar yang memperlihatkan pergaduhannya bersama penyanyi Ifa Raziah.

Video berdurasi selama 43 saat itu menjadi bualan hangat netizen sejak malam tadi. Rata-rata berpendapat ia sekadar gimik. Betul ke?

Menerusi kapsyen dalam video tersebut, Sheeda memberitahu Ifa Raziah telah memburukkan dirinya di hadapan orang lain.

“Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik… Suka buat hal… Kena bagi pengajaran supaya dia insaf.

“Pandai pula ko (kau) lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku.

“Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan Ifa yang berjalan seorang diri disapa oleh Sheeda yang meminta penyanyi itu bersemuka dengannya.

Sheeda turut dilihat menolak bahu Ifa beberapa kali dan akhirnya bersemuka lalu pertengkaran di antara mereka tercetus sebelum Ifa Raziah berlalu pergi.

Persoalan yang ditanya-tanya semua, adakah pergaduhan mereka real atau sekadar gimik semata-mata? Hurm, kita tunggu!

SGMS Faida