Hiburan By: Padin November 20, 2023 @ 9:11am

Bergandingan Dengan Bintang Popular Thai Pon Nawasch, Hariz Hamdan Intai Peluang Kerjaya Di Luar Negara

Pelakon Hariz Hamdan mengintai peluang untuk melebarkan kerjaya seni di luar negara.

Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 21, teringin untuk mencari ruang mengasah bakat lakonan di peringkat antarabangsa.

“Kerjaya lakonan memang menjadi minat sejak dahulu lagi. Saya tanamkan azam untuk mengembangkan bakat lakonan di luar negara.

“Jika ada ruang, sudah tentu saya mahu mengintai peluang untuk berlakon di peringkat antarabangsa. Tapi itu cuma perancangan masa panjang sahaja.

“Buat masa ini, sebagai bakat baharu, saya mengutip pengalaman dan menimba ilmu setiap kali saya melangkah ke set penggambaran. Masih banyak perkara yang saya perlu belajar. Saya mahu bergelar pelakon disegani dan mempunyai ilmu,” katanya.

Hariz ditemui usai acara larian Meta Time Trial Asics Malaysia yang berlangsung di Cyberjaya pada Ahad.

Menjadi wajah jenama Asics mewakili negara Malaysia, Hariz bergandingan dengan pelakon popular negara jiran, Pon Nawasch yang mewakili Thailand dan bintang-bintang lain.

“Saya gembira kerana acara ini menghimpunkan ramai bintang-bintang dari negara-negara Asia Tenggara lain seperti Filipina, Singapura dan Vietnam menjadi duta bagi jenama ini.

“Biarpun ini merupakan acara larian, saya sempat beramah mesra dengan mereka dan serba sedikit dapat menimba ilmu untuk digunakan satu hari nanti.

“Saya bangga dapat berdiri sebaris dengan mereka. Dalam acara ini, kami menamatkan larian 10 kilometer bersama hampir 3,000 peserta lain,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Thu, 23 Jan 2020

#XtraGiveaway: Win A Pair Of Ronan Keating Concert Tickets And A Romantic Dinner For Two This Valentine’s Day!

It is definitely the perfect night out for a romantic moment with your love one!

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Featured Tue, 12 Apr 2022

Tauke Jambu Dan 4 Individu Didakwa Miliki Dadah

Sebelum ini Tauke pernah didakwa terhadap kes yang sama namun…

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Rindu Beraksi Atas Pentas, The PussyCat Dolls Kembali Selepas 9 Tahun!

Tak sabar nak dengar #PCDReunion kembali dengan lagu baru diorang!

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Wafiy Mengaku Tak Minat Nyanyi Lagu Jiwang

Boleh mengacara, bernyanyi dan berlakon, Wafiey menjalani kehidupan dengan jadual harian padat sejak usia lima tahun lagi.