“Berhenti Cakap Saya Kembar Mira Filzah” – Tracie Sinidol Mahu Bina Identiti Sendiri

Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol menjadi bualan hangat apabila dikatakan wajahnya mirip pelakon popular Mira Filzah.

Menerusi laporan Kosmo, anak kelahiran Sabah itu memberitahu seboleh-bolehnya tidak mengaitkan dirinya dengan pelakon itu.

Menurut Tracie, dia bertegas mahu membina identiti sendiri dan tidak menumpang populariti Mira semata-mata.

“Terima kasih atas kemenangan ini, saya dah cipta gelaran baharu. Berhenti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.

“Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja. Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira. Saya perlu ada identiti sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, dia mengimpikan berlakon genre aksi dan gemar bekerja untuk filem berbanding drama serta mahu benar-benar mempersiapkan diri sebelum menyertai industri.

“Perancangan selepas ini, saya nak bina tapak dahulu dalam industri. Sebab kita semua tahu, industri seni sangat ‘kental’. Jadi saya perlu persiapkan diri untuk baiki apa yang kurang.

“Sekarang dah 70 peratus, berbaki lagi 30 peratus untuk saya ‘grooming’ diri sendiri,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Maya Basir