Hiburan By: Padin March 10, 2024 @ 7:48am

Beri Bantuan Sempena Ramadan Sejak Tahun 2020… Putra Amaris Jalin Kerjasama Dengan Tyzo, Mahu Tolong Lebih Ramai Insan Memerlukan

Sejak tahun 2020, pelakon Putra Amaris mula menggerakkan program ‘Share Rezeki’ yang juga secara tidak langsung menjadi ibadah infaq sempena menyambut keberkatan bulan Ramadan.

Kembali lagi berkongsi dengan mereka yang memerlukan pada tahun 2024, Amaris menjalin kerjasama dengan penyampai radio popular, Tyzo.

“Kita banyak mendengar kisah orang hidup susah menerusi laporan media atau yang tular di media sosial. Dari situ saya mula terfikir untuk lakukan sesuatu agar rezeki yang dimiliki ini juga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

“Sekurang-kurangnya sedikit pemberian ini juga dapat memberi senyuman buat mereka yang memerlukan. Bahkan mereka juga sama-sama dapat merasa nikmat Ramadan seperti kita yang berkemampuan.

“Tahun ini saya teruskan lagi program Share Rezeki yang mula dilakukan empat tahun dahulu. Istimewa juga dalam program tahun ini, saya turut bekerjasama dengan penyampai radio, Tyzo Xander menerusi Pertubuhan Kasih TYZO.

“Siapa tahu program ini akan dijalan sepanjang tahun dan tidak hanya tertumpu kepada bulan Ramadan sahaja. Rezeki dapat bekerjasama dengan Tyzo. Memang hasrat dalam hati nak bekerjasama dan dengan izin Allah ia dipermudahkan. Kami berhubung dan dia juga mahu melakukan program sama.

“Bermula daripada sekadar borak kosong, kemudian pertemua di kedai kopi akhirnya kami setuju untuk sama-sama menggerakkan progam ini,” ujarnya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Amaris bersama pasukan pengurusan, Rarekynd Malaysia sudah mula mengenal pasti golongan yang memerlukan termasuk rumah-rumah kebajikan sebagai penerima sumbangan.

Malah dia juga turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama untuk sama-sama berkongsi menghulurkan bantuan bagi menggerakkan misi ini.

Bukan itu sahaja, dia turut mengajak rakan-rakan artis yang mahu melakukan amal kebajikan.

“Menariknya tahun ini saya turut mendapat kerjasama beberapa syarikat bumiputera. Bukan itu sahaja, saya juga membuka peluang kepada rakan artis sekiranya mereka mahu melakukan kebajikan sempena Ramadan.

“Saya percaya ramai golongan yang berkemampuan mahu menghulurkan bantuan namun tidak dapat berbuat demikian atas beberapa faktor kekangan. Jadi program Share Rezeki ini boleh menjadi orang tengah untuk mereka,” jelasnya.

Pelacaran Share Rezeki tahun ini diadakan baru-baru ini bertempat di MyEvent Production Studio, Shah Alam dan ia juga disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial Rarekynd Malaysia.

Program yang digerakkan oleh Rarekynd Malaysia ini, turut mendapat kerjasama pihak lain termasuk adalah Minyak Bidara Paklong Man selaku penaja utama, Adabi, Hardamawt dan Westplate Factory.

Tambah Amaris, kejayaan sebelum ini juga telah mendorong dia untuk menjadikan program sebegini sebagai acara tahunan atau mungkin boleh dilaksanakan sepanjang tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 14 May 2018

Gandingan Hebat Siti Nurhaliza Dan Khai Bahar Dalam Cinta Syurga

Siti memilih penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang itu kerana,  Khai mempunyai vokal yang baik selain popularitinya yang semakin meningkat naik dikalangan peminat muzik tanah air.

Featured Tue, 15 Nov 2022
Hiburan Thu, 3 Jan 2019

李佩玲个人巡演第二站圆满落幕!总结出道一年旅程

李佩玲云顶跨年开唱领6000人迎接2019!个人巡演第二站圆满落幕,总结2018出道一年的梦想旅程。

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Wow! Dah Macam Artis Hollywood, Penampilan Terbaru Nina Iskandar Undang Tanda Tanya

Kalau macam artis Hollywood pun apa salahnya, Nina tetap cantik!

Featured Fri, 17 Mar 2023

Terkesan Dengan Isu Buli, Eyra Hazali Dedah Pernah Jadi Mangsa – “Kunci Diri Dalam Bilik 2 Minggu… Sesak Nafas”

Allahuuu, kesiannya 😭😭 Pembuli memang tak akan pernah faham perasaan mangsa ya!

Featured Tue, 23 Aug 2022

“Allah Tak Izinkan Dia Discharge Hari Ini…” – Oksigen Rendah, Ainul Mardhiah Kembali Diserang Sawan Berterusan Selama 10 Saat

Sayunya min baca luahan hati ayah Ainul Mardhiah 🥲🥲 Semoga Allah permudah segala urusan 🥲

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Tak Nak Keluar Rumah Sebab Gemuk, Ini Cara Kilafairy Selesai Masalah!

Fuh, tapi kalau tengok sekarang…memang lain dah kan? Apa rahsia Kila eh?