Berkelakuan Pelik, Pembantu Rumah Iqbal Zulkefli Didakwa Amal Perbuatan Syirik Dipecat – “Dia Kata Kemana Sahaja Dia Pergi, Ada…”

Usahawan Iqbal Zulkefli mendakwa pembantu rumahnya melakukan perbuatan syirik dan telah menamatkan kontraknya pada Oktober tahun lalu.

Memetik laporan mStar, Iqbal mula menyedari perkara itu selepas melihat tingkah laku pembantu rumah yang agak pelik menerusi rakaman litar tertutup (CCTV).

“Paling saya rasa pelik bila saya lihat di CCTV, dia tanya dan dia sendiri yang jawab setiap masa.

“Dia ada ambil satu bekas berisi skru dan mengetuk bekas itu tanpa dia sedar sampai pecah bekas tersebut.

“Saya berasa pelik dan kadang-kadang dia ketawa sendirian, jadi perkara tersebut buat saya rasa tak dapat nak kawal lagi sebab ia tak normal,” ujarnya.

Menurutnya, pembantu rumah tersebut juga ada mengamalkan kepercayaan seperti pemakaian tangkal.

“Sebenarnya pembantu rumah tu bagus, menjaga semua dan kerja rajin cuma satu perkara yang agak sulit sebab dia ada satu kepercayaan bomoh, setiap malam pakai tangkal di tangan dan pinggang yang direndam dalam air.

“Dia kata kemana sahaja dia pergi, ada kakek (lelaki tua) yang ikut dia setiap masa,” jelasnya.

Maya Basir