Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Membuka sesi soal jawab menerusi ruangan Instagram Stories, pelakon Nad Zainal dihujani dengan pelbagai soalan daripada peminatnya.

Malah, ada yang memberi kata-kata semangat kepada Nad selepas mengetahui mengenai kisah perceraiannya.

Salah seorang pengikut bertanyakan pandangan mengenai masalah yang dialami dalam hubungan perkahwinannya kepada Nad.

“Saya dalam fasa bertahan atau pergi, jika pergi saya tiada apa-apa, bermaksud saya perlu memulakan hidup saya dari awal semula, jadi apa pendapat awak?” tanya individu tersebut.

Sehubungan itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dilihat menjawab soalan individu tersebut secara ringkas dengan meminta individu tersebut untuk memberikan dirinya peluang kedua.

“Berikan diri anda peluang kedua,” jawab Nad.

Bukan itu sahaja, pelakon Takdir Yang Tertulis itu turut berkongsi kata-kata semangat kepada individu tersebut menerusi hantaran Insta Story yang sama.

“Tarik nafas, hembus dan move on,” jelasnya lagi.

Sabtu lalu, Nad telah mengesahkan bahawa dia telah berpisah dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini.

Namun, begitu, Nad mengambil keputusan untuk tidak berkongsi punca perceraian mereka dan dia turut menafikan tentang dakwaan muncul orang ketiga.

Artikel Berkaitan:Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

Artikel Berkaitan:Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

Artikel Berkaitan:“Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

Atiqah Johari