Impian Miliki Kereta Mewah Idaman Tercapai, Kak KM Pernah Tangguh Hasrat Gara-Gara…

Usahawan sensasi, Kak KM baru-baru ini berkongsi membeli sebuah kereta mewah Range Rover untuk dirinya.

Memetik laporan Murai, kereta tersebut dibeli selepas memberi kesenangan dan keselesaan buat keluarga seperti membeli rumah.

“Memang impian saya untuk beli kereta tersebut, cuma sebelum ini saya lebih kepada anak-anak, saya beli rumah dahulu untuk beri mereka keselesaan, kiranya sebelum ini semua untuk anak, sekarang masanya untuk diri saya pula.

“Perniagaan saya sudah semakin besar, barang-barang saya sudah dijual satu Malaysia malah sudah masuk pasaran luar negara,” katanya.

Mengulas tentang perniagaan, Kak KM tidak mengambil peduli kata-kata negatif segelintir pihak yang mendakwa cara pemasaran perniagaannya yang dianggap kurang sopan.

“Saya tak peduli apa orang nak cakap, kita tahu diri kita macam mana, asalkan saya tak sibuk hal orang.

“Tapi, bila orang bercakap tentang kita itu bagus, saya suka. Bila perniagaan kita maju dan sukses, orang mula nak bercakap, baguslah,” ujarnya.

Sumber: Murai.my

Maya Basir