Gelagat Que Haidar & Sakinah Ondu Di TikTok Jadi Tumpuan Netizen

Sering tampil membuat live bersama dengan melakonkan pelbagai sketsa, gelagat pelakon Que Haidar dan pempengaruh media sosial Sakinah Ondu menerusi platform TikTok menjadi tumpuan netizen.

Terkenal dengan bakatnya yang boleh menukar watak sekelip mata ketika live, kebolehan Sakinah juga turut dikagumi oleh warga maya.

Malah, kebelakangan ini sketsa mereka yang dilakonkan secara live di platform itu turut menjadi bualan pengikut mereka, bahkan mereka sudah terkenal dengan watak tersendiri seperti Mak Nora dan Angah.

@quehaidar Takbur FM #amburfm ♬ original sound – queHAIDAR – Que Haidar

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat yang diketengahkan oleh mereka berdua.

Selain Que Haidar, pelakon Pekin Ibrahim dan Johan As’ari juga pernah membuat live bersama pempengaruh tersebut.

Terbaharu, Sakinah telah bertemu dengan Que Haidar di Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.

@ladybossamy Bila mak nora takburrr dgn bapa pekin bekas suami Mak🤣🤣🤣🤣 #sakinahvsondu #quehaidar #takbowrian #fyp #foryoupage #pekin ♬ original sound – LadyBoss_Amy🦋

Fatin Nurain