Betty Banafe & Penggiat Seni Serah 5 Memorandum #JusticeForBella Pada TMJ & Che Puan Khaleeda

Kes penderaan yang melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella sememangnya sangat menyayat hati masyarakat Malaysia.

Turut menunjukkan solidariti dan sokongan, pelakon Betty Banafe memaklumkan dia dan penggiat seni tempatan menyuarakan lima memorandum demi menegakkan keadilan untuk nasib yang menimpa Bella.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan sebuah videonya yang ditemubual oleh Melodi TV3.

Betty bersama-sama penggiat seni tanah air telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Difahamkan, tujuan mereka menyerahkan memorandum tersebut adalah untuk menggesa pihak berkuasa agar perbicaraan kes penderaan adik bella disegerakan.

Berikut merupakan lima memorandum yang dipertengahkan oleh Betty bagi kes dera adik Bella:

1.Kita menggesa pihak Mahkamah *segerakan* perbicaraan kerana kes ini public interest. Dan gap perbicaraan terlalu lama

2.Kita gesa pihak polis mengemukakan hasil siasatan ke atas laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh tidak kurang 5-8 orang *bekas penghuni Rumah Bonda*

3.Kita gesa pihak polis untuk *menyiasat semula* laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh bekas-bekas penghuni tersebut bagi memberi keadilan kepada mereka yang amat terkesan mental dan fizikal.

4.Kita menggesa agar SOP penyerahan remaja hamil dan bayi-bayi kepada Pengasas Rumah Bonda disiasat kerana kita berasa hairan bagaimana JKM begitu mudah menutup mata.

5.Kita tekan kan ketelusan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan*

  • JKM dalam melindungi kanak-kanak yang ditempatkan di pusat perlindungan
  • JKSP di hospital yang handle kes-kes di hospital. Adakah mereka telus jalankan tanggungjawab sosial pada kes-kes di hospital
  • ROS yang sepatutnya memantau aktiviti pertubuhan dan NGO” dedahnya

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyokong penuh memorandum yang ditegaskan oleh Betty.

Malah, ramai dalam kalangan mereka yang turut berterima kasih kepada Betty kerana sanggup memperjuangkan kebenaran terhadap nasib anak yang tidak berdosa itu.

Aqilah Paharuzi