Categories: HiburanSelebriti

Betul Ke Ayda Jebat Putus Asa Sertai AJL

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sebelum ini agak terkilan apabila lagunya yang berjudul ‘Mata’ gagal untuk mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL).

Bagaimanapun, penyanyi ini tetap optimis dan tidak berputus asa kerana baginya dia akan terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti seterusnya memperbaiki kelemahan yang sedia ada

“Saya tak akan stop sebab saya ni suka buat perkara yang tak pernah orang terfikir. Tapi kena orang sekeliling bagitahu sayalah macam saya pernah cakap saya sayang kan peminat-peminat saya, begitu juga dengan haters-haters saya, sebab mereka ini nampak kelemahan saya dan apa yang saya buat salah diorang akan nampak. Jadi saya takkan putus asa. Cuma bagitahu apa kelemahan saya,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Pinjamkan Hatiku.

Ayda turut memberitahu tidak mahu memanjangkan isu ini lagi kerana pihak produksi yang terlibat telah pun berjumpa dengannya. Tetapi apa yang diharapkannya adalah sistem pemarkahan dapat diberitahu kepada setiap peserta agar kesilapan atau kelemahan dapat diperbaiki supaya setiap peserta yang bertanding tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

Saya sangat berterima kasih dan apa yang saya buat ini harap dapat mansuhkan mata sistem, macam boleh bagitahu markah, boleh bagitahu kelemahan-kelemahan lagu yang tak berjaya supaya industri kita semakin berkembang,” katanya yang turut menafikan bahawa dia merajuk untuk menyertai AJL lagi. 

SGMS Enal