Betul Ke Nikah Hari Ni, Kaka Azraff Senyap Je?

Mungkin ini adalah khabar gembira buat peminat, rakan terdekat dan ahli keluarga kepada penyanyi Sibuk, Kaka Azraff yang dikhabarkan bakal bernikah  hari ini.  

Berita tersebut turut dikongsikan oleh ibu saudara kepada Kaka, iaitu @jojieaminuddin menerusi insta story miliknya. Dalam video pendek itu, kelihatan Kaka dan ahli keluarga yang lain sedang sibuk dalam satu majlis berinai.

Terdahulu, Kaka pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal bernikah dalam masa yang terdekat sebaik sahaja gambar pertunangan nya  itu tersebar.

Dan, seperti memberikan ‘hint’ buat peminat dan followers kedua-dua pasangan ini, Adam Azriff dilihat telah memuat naik gambar mereka berdua beserta caption sweet

Dan, Kaka juga dilihat seolah-olah memberi hint kepada semua followers beliau dengan memuat naik gambar terkini menerusi akaun  instagram miliknya.

Pada 27 November yang lepas, gambar Kaka sedang disarungkan cincin itu tersebar apabila kekasih hatinya Adam Azriff memuat naik gambar tersebut menerusi ruangan highlight di akauan instagram milik beliau tersebar seterusnya menjawab persoalan tentang status penyanyi itu bersama model dan usahawan terkenal ini.

Walaupun, Kaka kelihatan agak senyap dan mengambil langkah berdiam diri tentang majlis pernikahan beliau, Kami di www.xtra.com.my tetap mendoakan yang terbaik dan segalanya berjalan dengan  lancar.

Tahniah Kaka & Adam!

Salma Syahbuddin