Featured By: Atiqah Johari November 12, 2022 @ 3:27pm

“Biar Allah Buka Pintu Hati” – Maafkan Segala Kutukan, Ustazah ‘Viral’ Anggap Orang Ramai Tak Faham Dakwahnya

Sejak kebelakangan ini, nama pendakwah bebas, Ustazah Afifah menjadi bualan hangat di laman sosial gara-gara membuat dua kenyataan panas dengan menggelar para suami dayus kerana membenarkan isteri bersalin di sambut oleh doktor lelaki dan menyatakan bersalaman dengan artis boleh menghilangkan roh serta jiwa.

Akibat kenyataan tersebut, Ustazah Afifah dihujani dengan pelbagai kecaman dan kritikan di laman sosial daripada warganet dan kalangan artis.

Sehubungan itu, memetik laporan Harian Metro, Ustazah Afifah menyatakan yang ramai tersalah anggap dengan kenyataannya tular itu kerana hanya menonton video pendek yang telah disunting.

“Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton video pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular,” katanya.

Tidak terkesan dengan kecaman yang diterima, Ustazah Afifah memaklumkan bahawa dia tidak menyimpan amarah malah telah memaafkan individu yang mengkritik dirinya.

“Orang nak kata apa, tak apa. Orang kita tak faham. Kita nak sampaikan pada manusia.

“Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama.

“Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana darah yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam.

“Saya mudah, tak perlu marah kepada orang awam, kerana saya anggap mereka tak tahu tapi mereka pasti akan faham apa saya perjuangkan ini suatu hari nanti. Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ustazah Afifah turut menjelaskan bahawa perkongsiannya itu di laman TikTok bukan untuk menempa nama atau kemashsyuran tetapi atas dasar tanggungjawab.

“Saya bukan kejar duit dan glamor. Ini tanggungjawab saya untuk bersuara buat wanita yang tidak mampu. Berapa ramai wanita yang trauma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin?

“Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdakwah. Saya cuma takut pada Allah sebab saya ada anak, cucu, cicit dan keturunan. Biarlah manusia kutuk kita, sebab itu tanda Allah sayang dan dekat dengan kita,” ujarnya lagi.

Kata Ustazah Afifah lagi, walau ramai yang mengecam namun ramai juga yang menyokong dengan memberi semangat menerusi kiriman mesej.

“Alhamdulillah, ramai sangat yang ‘backup’ saya dengan mesej saya secara peribadi. Sampai ada yang menangis fikiran keadaan saya.

“Malah, ramai wanita menyokong apa saya cakap. Ada juga yang minta maaf sebab pada mulanya marah tengok video itu, tapi selepas tengok versi penuh barulah faham. Saya pun minta maaf juga sebab ada ketika penyampaian saya itu garang,” luahnya lagi.

Dia juga meminta orang ramai untuk membaca kenyataan yang sudah dikongsikan oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mengenai hukum isu itu.

“Apa yang dinyatakan Mufti Negeri Sembilan jelas. Dia tunjuk panduan jelas kepada orang awam berkenaan perkara ini dan apa hukumnya. Jadi, tidak ada siapa yang takkan faham,” kata Ustazah Afifah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Sep 2023

Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Apabila otai berbicara memang padu lahhh ❤️‍🔥❤️‍🔥 3 bulan belajar ilmu poligami saja tak cukup ya 🫢

Featured Mon, 5 Sep 2022

Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Muda lagi pelakon cilik ni baru 12 tahun 🥲 Betul ke buat perkara tak senonoh ni? Adoiii

Featured Sun, 17 Mar 2024

Beri Hadiah Telekung Bernilai RM12,000 Kepada Isteri, Usahawan Ambil Positif Teguran Mufti – “Tak Nak Jawab Di Akhirat Nanti”

Selepas tular berita mengenai tindakan seorang suami yang juga merupakan pengasas dan pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman yang sanggup  membelanjakan wang sebanyak RM12,000 bagi menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski […]

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Diam-Diam, Isyana Sarasvati Rupanya Sudah Bertunang…

Selamat bertunang Isyana, semoga hubungannya lancar terus!

Featured Sun, 12 Feb 2023
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

‘Kerana Hati, Sudah Dimiliki’, Elfira Loy Mengaku Dah Bertunang

Saya berkongsi sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh. Tahniah, El & pasangan!