Billie Eilish Teruja, Bakal Adakan Konsert Di Malaysia Buat Pertama Kali!

Penyanyi terkenal Antarabangsa Billie Eilish, dimaklumkan bakal mengadakan konsert sulung di Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 18 Ogos ini.

Konsert yang dinamakan Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 itu dianjurkan Live Nation Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Billie Eilish juga turut meluahkan rasa terujanya untuk bertemu peminatnya di Asia.

“Asia!!! so so excited to see you in august!! sign up for my mailing list to get early access to tickets,” kata Eilish.

Eilish yang terkenal dengan genre muzik elektro pop indie sejak 2015 itu terus mencipta fenomena selain meraih kejayaan luar biasa albumnya.

Selain itu, dia juga pernah memenangi Anugerah Grammy 2020 dengan membolot empat trofi utama iaitu Rakaman Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Baru terbaik.

Live Nation Malaysia memaklumkan penjualan tiket akan bermula esok hingga 27 Jun nanti. Tiket berharga RM308, RM408, RM508 dan RM598 boleh dibeli menerusi laman web www.livenation.my.

Selain Malaysia, penyanyi lagu Bad Guy itu akan turut singgah di beberapa negara jiran sepanjang Ogos ini termasuk Filipina, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain