Categories: HiburanTrending

Bintang K-Pop Kelahiran Sabah, Isaac Voo (IN2IT) Kembali Ke Malaysia… Kembangkan Kerjaya Secara Solo

Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berani untuk menyertai sebuah program realiti di Korea Selatan, Isaac Voo berjaya menjadi peserta teratas dalam program tersebut sehingga terpilih dan diserap menjadi idola K-Pop di sana menerusi kumpulan IN2IT.

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang berumur 28 tahun ini, mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya di Malaysia untuk kembali ke tanah air tercinta dan aktif berkarya di sini.

Untuk melebarkan sayapnya di Malaysia, kini, Isaac Voo mengambil keputusan untuk menjadi artis rakaman sepenuhnya di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT), iaitu sebuah syarikat pengurusan artis di bawah naungan WebTVAsia yang juga merupakan syarikat hiburan digital terbesar di Asia.

Peluang untuk mengembangkan lagi bakatnya di Malaysia tercetus selepas wabak Covid-19, oleh itu beliau tidak dapat menyertai mana-mana aktiviti dan promosi kumpulannya pada separuh kedua tahun 2020.

Pada tahun yang sama, kumpulan tersebut kemudiannya menghentikan aktiviti mereka buat sementara waktu selepas 5 daripada ahli mereka telah disenaraikan untuk berkhidmat dalam aktiviti wajib ketenteraan Korea Selatan.

“Saya mahu lebih ramai peminat Malaysia mengetahui tentang kewujudan saya dalam industri hiburan tanah air, kerana masih banyak perkara yang saya belum dapat laksanakan di sini.

“Dengan adanya keluarga baharu saya Prodigee Asia Talent di Malaysia ini, saya dapat menonjolkan lagi bakat yang saya ada. Selain itu, saya juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan artis di Prodigee Asia Talent, artis-artis tempatan, dan mencari banyak peluang untuk bertemu peminat-peminat di Malaysia.

“Saya mengimpikan untuk mempersembahkan lebih banyak karya kepada peminat yang telah menyokong dan menantikan kepulangan saya,” katanya.

Selain Isaac, PAT juga menguruskan beberapa artis tempatan terkenal seperti Hao Ren, Priscilla Abby, Thomas Kok, dan Daniel Wong.

“Walaupun sebelum ini berada di Korea Selatan, dia sering memberikan tumpuan cerita-cerita dan pelbagai rancangan hiburan di Malaysia, serta kandungan muzik yang dihasilkan oleh penyanyi tempatan.

“Artis-artis di bawah naungan PAT juga sangat berbakat dan saya berharap agar dapat menjadi seperti mereka,” katanya.

Isaac turut menyuarakan keinginannya untuk bekerjasama dengan seniornya dalam projek dan menghasilkan beberapa lagu hit dan berharap agar orang ramai dapat menyokong serta menantikan aktiviti beliau yang akan datang.

Padin