Categories: HiburanTrending

Ellie Suriaty, Azri Iskandar Cerai Selepas 19 Tahun Berkahwin – “4 Tahun Saya Ambil Masa Fikir Semasak-Masaknya…”

Pasangan pelakon, Ellie Suriaty, 52, dan Azri Iskandar, 54, berpisah selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

Sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.34 pagi tadi, Ellie mengakui perceraian itu diperoleh atas permintaannya.

“Pada Ramadan lalu, saya nekad mengemukakan perceraian di mahkamah selepas empat tahun mengambil masa memikirkan semasak-masaknya.

“Bukan sehari dua keputusan ini saya ambil, sudah empat tahun. Keputusan ini bukan saya buat dalam keadaan marah, kecewa atau secara tergesa-gesa.

“Percayalah, sudah terlalu banyak hal yang saya fikirkan dan pertimbangan yang saya buat sebelum meminta Azri melepaskan saya,” kata Ellie kepada Awani.

Sebelum perceraian difailkan, Ellie dan Azri sudah duduk berbincang secara matang untuk mencari kata sepakat.

“Kami sepakat, biarlah status sebagai suami isteri sahaja digugurkan, namun, kedudukan sebagai ibu dan ayah akan kekal selamanya.

“Saya amat-amat menghormati Azri sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang ayah kepada anak-anak kami. Dia begitu matang mengendalikan kemelut rumah tangga kami dan Alhamdulillah, perceraian antara kami berlangsung dalam suasana yang sangat murni tanpa sebarang masalah.

“Janji kami, yang berpisah adalah kami berdua, namun, anak-anak akan terus mendapat perhatian dan kasih sayang. Kami sepakat anak-anak tidak boleh menjadi mangsa perceraian,” katanya.

Mendirikan rumah tangga pada 2003, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sumber: Awani

Padin