‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Penyanyi remaja popular, Irfan Haris kini muncul dengan sebuah single terbaharu berjudul ‘Bisik’ yang diinspirasikan daripada kisah cinta sendiri.

Menurut Irfan, lagu ini tercipta ketika dirinya berasa sedih merindukan seseorang yang dianggap sebagai ‘crush’.

“Masa saya buat lagu ini memang at that time saya tengah rasa sedih, bukan putus cinta. Dia macam saya tengah sedih tengah rindukan seseorang. Crush! dia bukan kekasih ke apa, saya jujur je, crush.

“So apa yang saya buat, ambil gitar terkeluar melodi lagu ini, macam itu je. Random gila sangat sangat random,” jelas Irfan kepada XTRA.

Walaubagaimanapun, Irfan atau nama sebenarnya Irfan Haris Othman, 21 menyatakan lagu ini telah dicipta sejak empat tahun lepas namun berharap ‘crush’ nya itu menyedari lagu ini dicipta untuknya.

“So, masa itu pun saya muda, baru 17 tahun, mungkin macam budak-budak la, cinta main-main. Ya lah, saya harap dia tahu lah saya buat lagu ini untuk dia,” luahnya ketika ditemui di sidang media Formula Sendu Irfan Haris Menjadi Dengan Bisik di Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Adik kepada penyanyi Amira Othman memaklumkan dia tidak menyangka bahawa lagu Bisik berjaya memasuki carta RIM dalam masa 12 hari sahaja dengan jumlah penstriman yang tinggi dan lagu tersebut tular di platform TikTok.

“Kita masuk RIM chart dalam masa 12 hari. Saya tak pernah lagi lagu saya sebelum ini. Lagu Bisik first time.

“Bila boss bagitahu whatsapp saya, Irfan congrats lagu ini masuk Top 3 RIM Chart, saya terkejut la kan, sebab last lagu saya masuk RIM Chart tahun 2017 lagu Pesan,” katanya lagi.

 

Lagu Bisik ini boleh distrim di platform penstriman popular seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga Youtube Music.

Manakala muzik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran Youtube Rocktfuel Network.

Atiqah Johari