‘Boleh Naik Pesawat Tak?’- Isteri Baim Wong Teruja Buat Baby Check Up

Selepas mengumumkan berita kehamilan akhir Mac lalu, pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dan isteri Paula Verhoevan memuat naik video sedang melakukan pemeriksaan kandungan di sebuah hospital.

Menerusi laman Instagram Baim, dia dan isteri kelihatan amat teruja dengan bertanyakan beberapa soalan asas kepada doktor.

“ Boleh naik pesawat tak doktor?,” soal Paula.

Memandangkan usia kandungan Paula masih di peringkat awal, doktor membenarkan wanita berusia 31 tahun itu menaiki kapal terbang.

Difahamkan, usia kandungan Paula kini baru memasuki minggu kelima.

Terdahulu, Baim telah berkongsi berita itu menerusi sebuah video di YouTube, Ria Ricis kepada pengikutnya baru-baru ini.

“Ya, Paula Verhoeven sedang kini hamil. Kalau boleh saya mahukan tiga orang anak,” katanya.

Baim Wong dan Paula berkahwin pada 21 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang penuh dengan tradisi.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain.

SGMS Faida