Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya.

Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber Us Weekly bahawa dia tidak sabar untuk merancang perkahwinannya dan memulakan hidup baru bersama tunangnya, Sam Asghari.

Sumber tersebut juga memberitahu setakat ini tiada seorang pun ahli keluarga Britney yang dijemput ke perkahwinannya.

Britney dikatakan sangat teruja kerana akhirnya dapat membuat keputusan sendiri dalam perihal perkhawinannya dan kini sedang melakukan persiapan perkahwinan.

Sam, 27 yang merupakan seorang jurulatih peribadi bertemu dengan Britney, 40 buat kali pertama di set penggambaran muzik video Britney “Slumber Party” pada 2016.

Mereka kemudiannya bertunang pada September tahun itu.

Sumber juga mengatakan Sam merupakan orang yang Britney percaya 100 peratus.

Britney sebelum ini menderita kerana hidupnya dikawal oleh ayahnya sendiri, Jamie Spears dan beberapa individu yang tidak membenarkannya untuk menikmati hidup sebagai seorang manusia yang normal kerana dia berada di bawah hak penjagaan mereka secara sah.

 

 

Sejak 2008, Britney tidak dibenarkan untuk membuat keputusan peribadi dan memiliki akses kewangannya sendiri.

Namun, hak penjagaan yang telah berlaku selama 14 tahun itu telah tamat secara rasmi pada perbicaraan di mahkamah Los Angeles pada 12 November lalu.

Britney juga pernah menyatakan hasratnya untuk memfailkan saman terhadap keluarganya terhadap penderitaan yang dialami selama ini.

Sumber: Us Weekly

Arfah