“Dia Pernah Datang Masa Dia Kerja Waiter” – Aznil Nawawi Kongsi Cita-Cita Remy Ishak Jadi Pelakon Ketika…

Pelakon Remy Ishak telah memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung pada Jumaat.

Sejurus kemenangan itu, Remy berkongsi tentang kejayaannya di akaun Instagram dan ramai peminat turut menumpang gembira melalui komen yang ditinggalkan mereka.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Roh Diangkat Sebagai Filem Terbaik, Sangkar Raih 5 Trofi – Ini Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 31

 

Bukan sahaja peminat, malah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil turut berkongsi rasa bangganya terhadap Remy di Instagram miliknya.

“Dia pernah datang dekat Pak Nil masa dia jadi waiter di Hotel Mandarin Oriental dan bagitahu dia nak jadi pelakon! Sekarang dia adalah seniman terbaik!” tulis Pak Nil di ruangan kapsyen.

Pak Nil menerusi hantarannya itu memuat naik sebuah klip video menunjukkan rakaman Remy mengucapkan penghargaannya kepada Pak Nil.

“Alhamdulillah Pak Nil, dapat juga saya pegang piala daripada FFM, bukan senang kan Pak Nil. Pak Nil pun tahu saya mula daripada mana, perjalanan seni saya bagaimana.

“Terima kasih Pak Nil, atas doa dan kata-kata semangat yang Pak Nil berikan selama ini. Thank You Pak Nil,” ucap Remy dalam reaksi yang teruja.

Pak Nil di ruangan kapsyen turut mengatakan dia tidak akan berhenti menceritakan azam Remy yang digambarkan sebagai contoh sebenar memburu impian.

 

Rata-rata komen yang ditinggalkan mengatakan Remy merupakan seorang pelakon yang bekerja keras dan layak memenangi trofi tersebut.

 

Arfah