Buat Foodie Lovers, Kenali 5 Chef Instafemes Ini

Video makanan dan masakan di Instagram merupakan antara akaun yang mempunyai ramai pengikut. Semuanya nampak sedap-sedap, bermula daripada resipi simple buat si bujang sehingga resipi masakan untuk satu family, semuanya korang boleh  belajar di Instagram! Kalau korang nak tahu, akaun Instagram ini merupakan antara akaun Instagram masakan yang paling best, ini terbukti dengan para pengikut mencecah 1 juta. Jom, kita layan!

1.Masak With Passion

Instagram ini mencecah hampir 400k followers, pemiliknya iaitu datin Ismatia sememangnya bukan nama yang asing. Daripada menu masakan kelantan sehinggalah menu masakan western memang tak hairan kalau Instagram Masak With Passion ni mempunya pengikut yang ramai. Video masakannya juga turut menerima sehingga beribu likes. Apa yang penting memang nampak sedap. Selebriti pun review tau!

2. Khairulaming

Siapa kata lelaki tak boleh memasak? Instafemes dengan tagline ” I cook like a bujang, talk like a makcik” ni sangat menghiburkan. Video masakan beliau pun kreatif dan yang paling penting simple! Memang tak susah untuk korang mencuba resipi-resipi yang dikongsi, Khairulaming turut memuat naik beberapa segmen video masakan seperti “dapur lonely, dapur fancy”. Memang menghiburkanlah!

3.Adamdidam

Sebelum menjadi chef selebriti di sebuah rancangan masakan di televisyen, jejaka bernama Adam ini aktif memuat naik video masakannya di Instagram.  Pengikut Instagram beliau sendiri mencecah hampir 400 ribu. Apa yang penting, video masakan selebriti chef ni memang simple dan senang untuk korang follow. 

4. YatieKitchen

Telah lama berjinak-jinak dalam dunia masakan di Instagram, Yatiekitchen bukan lagi nama baru dalam dunia masakan. Resipinya sering dikongsi oleh orang ramai malah ramai selebriti tanah air yang sangat mengemari air tangan Yatiekitchen ni. Kalau korang nak tahu YatieKitchen sendiri telah menjadi duta produk Adabi. Instagram beliau mempunyai pengikut hampir 500 ribu!

5.Eina Azman

Popular dengan tagline “i’m dooooone”, video masakan Datin Paduka Eina di Instagram sememangnya dinanti-nantikan pengikutnya. Walaupun bergelar selebriti popular tetapi minat Datin Paduka Eina Azman terhadap masakan sangat istimewa.  Kalau korang nak tahu Eina mengakui yang dia sendiri memasak tanpa bantuan pembantu rumah. Memang terbaik la! Apa yang penting, kalau korang tengok masakan Eina memang boleh buat air liur meleleh. 

Buat foodie lovers, apa tunggu lagi? Cepat tekan butang  follow okay!

Ad Ops