Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapanya?

Umum tahu penyanyi Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi merupakan bekas anak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum ini.

Penyanyi berusia 30 tahun ini turut berkongsi cerita mengenai pandangan peribadinya selepas bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob tidak lagi bergelar menteri.

“ Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), sana dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

“ Percaya atau tidak, saya lebih gembira sekarang kerana papa lebih banyak masa bersama anak-anak terutama cucunya (anak kepada kakak Dafi, Nina Sabrina Ismail Sabri)

“ Tiada apa yang perlu dirisaukan. Secara peribadi saya lebih suka jadual papa saya sekarang berbanding dulu.

“ Papa kini sibuk turun kawasan memandangkan papa masih bergelar Ahli Parlimen Bera,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, penyanyi popular dengan single Bila Terasa Rindu ini menafikan ‘kehilangan’ rakan-rakan selepas apa yang berlaku.

“ Dulu saya selalu diberitahu, kalau hal ini benar-benar terjadi (peralihan Kerajaan), kawan-kawan pun mula menjauhkan diri daripada saya.

“ Mana ada… kami makin rapat adalah,”’katanya tertawa.

Dalam perkembangan lain, Dafi memberitahu dia kini sibuk menguruskan syarikat pengurusan artis dan acara miliknya, Laugh Out Loud yang beroperasi di Damansara.

SGMS Faida