Hiburan By: SGMS Faida February 22, 2019 @ 11:55am

’Bukan Minta Puji Sentiasa…’- Izzue Islam Ambil Peluang Jadi Duta DFKL Untuk ‘Basuh’ Netizen

Pelakon dan pengacara Izzue Islam mengaku teruja menggalas tanggungjawab sebagai Duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) tahun ini.

Mengangkat tema Positif Selalu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan mahu mengajak warganet lebih berwaspada dan belajar tentang adab di laman sosial masing-masing.

“ Saya tak sabar nak tunggu acara ini berlangsung. Peluang yang ada untuk saya dan Janna Nick sewaktu turun padang nanti akan diguna sebaik mungkin. Sebolehnya, saya mahu sebarkan positiviti di kalangan pengguna media sosial.

“ Sesuai dengan tema, saya mohon agar netizen di luar sana lebih berhati-hati ketika menulis di ruangan komen. Saya tak halang mereka menulis komen untuk selebriti di Instagram atau Facebook cuma kalau boleh komen elok-elok.

“ Bukan minta dipuji sentiasa cuma komen itu biarlah yang senang mata pembaca melihatnya. Jangan terlalu negatif sehingga menulis sesuatu yang menyakitkan hati dan mata,” katanya kepada XTRA.

Akui pelakon Resort Berhantu yang ditayangkan pada 2 Mac ini sempena DFKL 2019, Izzue juga pernah berdepan kecaman netizen melibatkan isu isteri, zuriat malah isu kucing turut terlibat sama.

“ Atas sebab itu saya sudah tidak sabar untuk sebarkan aura positiviti di acara DFKL 2019 nanti. Kita masih di awal tahun dan tidak terlambat lagi untuk kita ubah cara berfikir supaya ke arah lebih positif lagi,” akhirinya.

Penganjuran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang memasuki tahun keenam menyediakan program sesi uji bakat, siri jelajah, sesi kongsi idea, pertandingan drama pendek dan undian atas talian yang dibuka untuk orang ramai serta diakhiri dengan kemuncak Malam Anugerah DFKL 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Suami Beli 19 Tudung Hampir RM5,000 Untuk Sokong Fatin Afeefa Mahu Berhijab – “Pelan-Pelan Kayuh”

Alhamdulillah, murah rezeki selalu belanja isteri ❤️ Mesti cantik Fatin Afeefa pakai tudung 🥰🥰

Featured Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Was Hailey Bieber Allegedly Throwing Shade At Selena Gomez With “I’ll Kill You” Instagram Story?

Hailey was probably just listening to the wrong song at the wrong time.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Mon, 15 May 2023
Events Sun, 17 Mar 2019

王力宏相约歌迷唱到2060年!赞大马歌迷最厉害

阔别大马3年多的王力宏依然嘴甜,他说:“我出道20几年,环绕世界不知多少圈,但你们(大马歌迷)最厉害,我真的好想念你们。”

Featured Tue, 8 Nov 2022

Ara Johari Lancar Single Terbaharu ‘Pasti Tiba’

Sebut sahaja nama penyanyi wanita tanah air yang mempunyai kelantangan vokal dan bakat tersendiri, salah seorang semestinya Ara Johari. Terkenal dengan lagu balada, kini dia sekali lagi muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Pasti Tiba’ hasil […]