Hiburan By: Fatin Nurain December 26, 2023 @ 5:17pm

Bakal Lancarkan Album Sulung 5 Januari Ini, Hael Husaini Muncul Dengan ‘Diam’

Penyanyi Hael Husaini bakal melancarkan album sulungnya, Antonim (Part I) yang dinanti-nantikan peminat setianya hasil sentuhan magis ‘Midas Touch’, pada 5 Januari 2024.

Album tersebut turut memuatkan enam buah lagu kesemuanya merupakan ciptaan barisan komposer ternama tanah air seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Hael Husaini sendiri.

Malah, Hael juga telah melancarkan Music Video lagu terbaharunya,  ‘Diam’,pada 22 Disember lalu.

“Sepanjang 3 tahun kebelakangan ini, saya telah menghasilkan lebih kurang 20 buah lagu (demo) untuk album pertama ini dan setelah berbincang dengan pihak label serta pasukan saya, hanya 10 buah lagu sahaja telah disenarai pendekkan serta beberapa buah lagu lama yang telah diberi susunan semula khas untuk album ini.

“Dalam album Antonim (Part I) terkandung lagu-lagu seperti Diam, Usia, Kejora, Please, Hero dan Sama Seperti Dulu (versi orkestra), di mana empat buah lagu daripada album ini telah dipilih kerana menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri popular yang mula ditayangkan baharu-baharu ini, manakala dua lagi lagu yang belum pernah diperdengarkan kepada umum,” katanya.

Tambah Hael, album sulungnya itu mempunyai signifikasi yang tersendiri sempena perjalanan seninya yang sudah menjangkau 17 tahun.

“Album sulung ini sangat penting buat karier saya kerana sudah lama saya cuba merealisasikannya, ianya impian terbesar saya dan banyak sangat cabaran serta kisah duka yang saya dan pasukan saya tempuhi.

“Antonim (Part I & II) saya jadikan medan untuk berkarya tetapi konsepnya berlawanan dengan apa yang sering saya hidangkan buat pendengar sebelum ini, namun keseluruhan lagu masih berkonsepkan pop yang bernuansakan balada serta rock.

“Selain itu, setiap naskah dalam album ini mempunyai jalan cerita dan kisah yang tersendiri, berlandaskan dari kisah benar malah ada juga yang bersifat dongeng serta kisah-kisah orang di sekeliling yang menjadi idea buatnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hael turut berkongsi maksud disebalik lagu Diam yang kini sudah mula diperdengarkan kepada umum.

“Lagu ini sangat dekat dengan persekitaran kita, ia merupakan satu luahan kekecewaan terhadap seseorang yang mengkhianati kita, orang yang berpura-pura suka terhadap kewujudan kita tetapi sedang berusaha untuk menjatuhkan kita dan ingin melihat hidup kita musnah.

Secara keseluruhan, hampir 3 tahun masa yang diperuntukkan Hael dalam menghasilkan album ini kerana jadual seninya yang padat dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan pentas dan komitmen penggambaran yang mengambil masa yang lama untuk dilunaskan, jelas Hael,

“Proses rakaman dilakukan di beberapa buah studio mengikut lagu dan penerbitnya sendiri, saya juga ada menggunakan khidmat beberapa penerbit dan jurutera bunyi dari luar negara untuk mendapatkan sentuhan berbeza dari segi bunyi.

“Saya berharap agar kesemua lagu yang terkandung di dalam album Antonim (Part 1) meraih perhatian serta menjadi popular, kerana saya, rakan penulis lirik, penerbit, pihak pengurusan dan label telah bertungkus lumus dan banyak berkorban dalam melaksanakan album ini. Semoga semua penggemar muzik di luar sana sentiasa menyokong industri muzik kita semaksima yang mungkin.

Bermula 22 Disember 2023, video muzik Diam boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Hael Husaini Official.

Manakala pada 5 Januari 2024, album Antonim (Part 1) boleh dimuat turun di iTunes serta boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Super Junior Hopes For Reunion with All 13 Members

Leader Leeteuk wishes for this to happen ASAP.

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Munafik 2 Bocor Di Laman Sosial Buat Mawi Bengang?

Sebenarnya benda ini dah lama berlaku cuma kali ini, suspek itu ‘terkena’. Tolonglah berhenti buat kerja macam ni ya!

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Peminat Tegur Pakaian Eyka Farhana Makin ‘Berani’?

Upload gambar salah…tak upload nanti tanya ke mana hilang pula. Ayooo, netizen!

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Teruja Sampai Lupa Nak Beli Baju Raya, Doakan Abam!

Punya ler excited sampai terus lupa dibuatnya…

Trending Sun, 17 Jan 2021

‘Tudung Periukʼ Buah Tangan Terbaru Dayang Nurfaizah

Tak sabar nak dengar single terbaru Dayang🌹

Featured Thu, 7 Oct 2021
Trending Wed, 16 May 2018

GST Pada Kadar Sifar Bermula 1 Jun

Pengumuman itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan arahan supaya kutipan GST dihentikan.