“Bukan Mudah Untuk Tarik Perhatian..” – Kendalikan ABPBH 34 Secara Solo, Sherry Alhadad Akui Gementar

Pengacara berbakat, Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 sebagai pengacara buat tahun ini.

Menerusi sidang media maya ABPBH 34, Sherry mengakui perasaaan bercampur baur apabila mendapat tahu bakal mengendalikan majlis berprestij itu.

“Kali ini, ABPBH dianjurkan pada era pandemik COVID-19 dengan penerapan norma baharu. Sudah semestinya saya gementar mengacarakan acara ini sendirian.

“Namun, saya akan cuba serap tenaga dan semangat teman artis lain pada malam itu,” katanya pada sidang media virtual melalui aplikasi Google Meet selepas muncul dalam program Melodi yang disiarkan TV3, semalam.

KUALA LUMPUR 10 OKTOBER 2021. Pengacara ABPBH 34, Sherry Alhadad dan Fauziah Latif pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 secara maya di Sri Pentas. Turut sama. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Bersiaran dalam norma baharu, pengacara berbakat ini mengakui bukan mudah untuk dirinya menarik minat penonton yang bakal menyaksikan acara ini.

“Bukan mudah untuk menarik perhatian penonton di rumah. Saya kena bayangkan seolah-olah berada dekat dengan penonton dan mencapai tangan mereka untuk sama-sama fokus kepada malam kemuncak.

“Namun, saya optimis dengan tanggungjawab ini dan bersaing sebagai calon Top 5,” katanya yang ditemui di sidang media semalam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”