Bukan Tak Nak, Belum Ada Rezeki

Mendirikan rumah tangga pada 26 Januari lalu, penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengaku dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Kata Yuna, dia dan suami Adam Yousof Mohamed Sinclair tidak menolak jika diberikan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“ Sudah pasti, sebagai wanita yang sudah berumah tangga, saya juga mempunyai impian untuk menjadi ibu.

“ Kami tidak pernah merancang. Buat masa ini saya sibuk dengan urusan kerjaya dan ingin fokus terlebih dahulu,” katanya yang sedang sibuk dengan pembikinan album baharu.

Dalam masa sama, Yuna juga sibuk memenuhi undangan persembahan.

“ Ia membuatkan saya terfikir untuk memberikan fokus kepada karier seni dahulu.

“Saya mahukan kesempurnaan dalam penghasilan album, jadi fokus lebih diberikan terhadap usaha terbaru ini,” katanya.

Walaubagaimanapun, sekiranya diizinkan untuk mendapatkan cahaya mata, Yuna dan suami menerimanya dengan gembira.

“ Bukan menolak namun selagi rezeki belum sampai, saya tumpukan dahulu perhatian kepada karier nyanyian,” katanya.

SGMS Faida