Hiburan By: Fatin Nurain September 25, 2022 @ 2:33pm

Bunuh Ibu Kandung, Ryan Grantham Dipenjara Seumur Hidup

Pelakon drama bersiri popular Riverdale, Ryan Grantham dikenakan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah membunuh ibunya, Barbara Waite, pada tahun 2020 yang lalu.

Pelakon yang pernah memainkan watak Jeffery Augustine menerusi drama Riverdale itu dijatuhkan hukuman tersebut di Mahkamah Agung British Columbia di Vancouver, Rabu lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu mengaku bersalah atas pembunuhan tahap kedua, biarpun pada awalnya dia didakwa dengan pembunuhan tahap satu.

Menurut pendakwa raya, tertuduh juga merancang untuk membunuh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau selepas membunuh ibunya.

Memetik laporan Astro Awani, Ryan mengaku telah menembak ibunya di bahagian belakang kepala ketika wanita itu sedang bermain piano di rumah mereka.

Malah, tertuduh turut merakam jasad ibunya selepas pembunuhan tersebut berlaku dengan menggunakan kamera Go-Pro miliknya.

“Saya menembaknya di belakang kepala. Dalam beberapa saat selepas itu, dia (mangsa) pasti tahu itu saya (yang menembaknya),” katanya.

Mahkamah turut diberitahu bahawa pelakon itu telah membawa tiga pucuk senjata, peluru, 12 bom Molotov yang dibuatnya bersama peralatan perkhemahan ke dalam kereta sebelum menuju ke kediaman Perdana Menteri Kanada, selepas beberapa jam pembunuhan berlaku.

Namun, pelakon itu telah berpatah balik menuju ke balai polis Vancouver untuk menyerah diri dan  memberitahu seorang pegawai polis bahawa dia telah membunuh ibunya.

Selain itu, mahkamah juga dimaklumkan bahawa Ryan mempertimbangkan untuk melakukan tindakan keganasan besar-besaran di Jambatan Lions Gate Vancouver, Universiti Simon Fraser ketika dalam perjalanan sebelum berpatah balik dan menyerah diri.

Terdahulu, Ryan telah dilaporkan menjalani program kesihatan mental sejak dua setengah tahun penahanannya.

Semasa perbicaraan, peguamnya telah memaklumkan pelakon itu mengalami masalah keresahan dan kemurungan klinikal serta merancang untuk membunuh diri dan mencederakan orang lain beberapa bulan sebelum membunuh ibunya.

Mahkamah turut memutuskan pelakon itu tidak layak mendapat pengampunan dalam tempoh 14 tahun pertama dia menjalani hukuman penjara.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 May 2019

Susah Cari Pekerja, Azharina Rehat Berniaga Ayam Bakar

Azharina juga bercadang nak buka kafe sekiranya mendapat kakitangan yang cukup & mahir. Good luck Nina!

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang

Trending Thu, 27 Dec 2018

Lirik ‘Kemarin’ Gambaran Episod Sedih Sedang Dilalui Ifan Seventeen Ketika Ini. Salam Takziah!

Ifan bukan sahaja kehilangan tiga rakan pemuzik yang bersamanya sejak 20 tahun lalu, bahkan isteri tercinta, Dylan Sahara.

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Wow! Ada Yang Tonton Filem Pulang Berkali-Kali?

Saya terkejut apabila filem ini, orang bagi sembilan… Hingga ada yang beri 12/10. Ada yang tonton lima kali…. Saya sangat gembira dan berharap filem ini jadi penanda aras untuk karya tempatan.

Featured Thu, 23 Sep 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh Rasmi, Jumlah Bayaran & Senarai Bantuan Khas Kerajaan Yang Layak Diterima

Umum maklum Bantuan Khas Covid-19 fasa pertama telah dikreditkan pada 6 Semptember lalu. Namun begitu, masih terdapat segelintir yang gagal permohonan dalam BKC Fasa 1. Justeru, ramai yang berasa lega apabila kerajaan mengumumkan akan melanjutkan

Hiburan Tue, 15 May 2018

Farah Nabilah Tak Boleh Tinggalkan Rumah?

Syarat yang diletakkan oleh ibu beliau ini sedikit sebanyak membantu Farah daripada terpalit isu kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau

Trending Tue, 20 Oct 2020
Hiburan Mon, 21 Jun 2021

Terokai Keindahan Karya Orkestra Tempatan Bersama MPO!

Peminat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO), anda kini boleh menikmati karya muzik orkestra yang indah daripada komposer-komposer tempatan! MPO kini menjalin kolaborasi bersama Persatuan Komposer Kolektif (Malaysian Composers Collective – MCC) dalam

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA

| Live TV