Hiburan By: Padin August 7, 2021 @ 10:44am

Viral Kerana Sering Tiru Suara Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan & Nabila Razali, Kini Amsyar Leee Muncul Dengan Single Sendiri

Setelah tular di media sosial dengan video yang mempunyai keunikan meniru ton suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nabila Razali dan Elizabeth Tan, kini Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri atau lebih dikenali dengan Amsyar Leee, mengorak langkah dengan melancarkan single pertamanya yang berjudul Tak Mungkin.

Melihatkan di media sosial Amsyar, aksinya meniru ton suara penyanyi penyanyi terkenal tersebut membuatkan netizen terhibur dengan telatahnya yang bersahaja.

Selain daripada itu, pemuda yang berasal dari Selama Perak ini juga merupakan lepasan Diploma Seni Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana.

Menariknya, melalui lagu ini, Amsyar bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh dan lirik pula oleh Ikhwan Fatanna. Lagu yang berentak balada ini mengisahkan tentang seseorang yang baru mengenal apa itu erti cinta.

Manakala untuk sesi rakaman bagi lagu Tak Mungkin ini pula mengambil masa selama 4 jam sahaja, tetapi sebelum memulakan proses rakaman, Amsyar sempat menghadiri beberapa kelas vokal bersama dengan Afif Tirmizie untuk mengenal pasti ton suara sebenar Amsyar.

“Saya jadikan pengikut saya di media sosial sebagai semangat untuk saya kembangkan bakat yang saya ada melalui lagu saya sendiri.

“Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila dapat peluang untuk melancarkan single pertama ini dan juga dapat menghiburkan pengikut saya di media sosial,” katanya.

Selain itu, Amsyar juga turut berharap agar para pendengar dapat menerima bakat luar biasa yang dia ada seperti mempunyai ton suara persis suara wanita di dalam lagu ini.

Semestinya ini adalah satu anugerah istimewa yang ada pada diri Amsyar yang mampu membawa dia muncul di dalam industri muzik tanah air kerana tidak semua orang boleh meniru pelbagai jenis ton suara dalam bentuk nyanyian.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengikut dan peminat saya dari empat tahun yang lalu, dari saya tidak mempunyai pengikut yang ramai sehinggalah ke hari ini, tak mungkin saya berada di sini jika tiada support daripada anda semua. Terima kasih,” katanya lagi.

Single Tak Mungkin terbitan Permata Muzik Records dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 6 Ogos 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Jan 2019
Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Alhamdulillah, semoga Mak Jah dapat gunakan sebaiknya sumbangan tersebut.

Events Wed, 19 Dec 2018

黄诗棋生了!跨界美业品牌研发新产品

Yumi黄诗棋跨界美发业品牌!自创新产品,让她兴奋直呼“这就像自己的宝宝~”

Trending Fri, 9 Aug 2019

The Diet Secret to Beyoncé’s Bangin’ Figure Might Actually be Dangerous?

Shocking! Who would have thought that the Queen of Pop herself is promoting unhealthy diet?! GAG!

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Tahniah…Ammar Drama Band Selamat Bergelar Bapa!

Ammar Habir memaklumkan isterinya, Sheila Abdul selamat melahirkan bayi perempuan, Ahad lalu.

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩