Hiburan By: Syamir Shafie November 30, 2023 @ 1:39pm

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Ekoran mengalami masalah kesihatan sehingga menjejaskan punca pendapatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada artis veteran Maimunah Ahmad atau mesra disapa Mak Jah semalam.

Prihatin terhadap nasib ibu tunggal yang menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf itu, sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

“Pagi tadi, Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Anwar, sumbangan tersebut diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban Mak Jah sekeluarga serta boleh menampung kos perubatannya.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah.

“Saya mendoakan Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji tindakan Anwar yang mengambil berat keluh-kesah pelakon veteran yang dihimpit masalah kewangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Wed, 16 Jan 2019
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Tue, 7 May 2019

E! News Dedah Rahsia Kulit Cantik Pelakon Pujaan Hati Kanda Ini, No 3 Paling Penting!

Nak tahu apa sebenarnya skincare produk yang pelakon wanita ini gunakan? Jangan lupa temui jawapannya di E! News

Featured Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Sat, 25 Jan 2020