Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram yang memperlihatkan dirinya mengenakan pakaian berwarna ‘earth tone’ bagi menghadiri Anugerah Stail EH!

Foto tersebut turut dikongsi di laman Facebook Oh My Media dan meletakkan kapsyen menyatakan pakaian pelakon tersebut sama seperti kertas minyak yang sering digunakan sewaktu zaman sekolah.

“Orang kata baju macam kertas mahjong pun cantik Izara Aishah ni,” tulis Oh My Media.

Pakaian yang direka oleh Haute Couture Rizalman by Faizul Uziaf mencuri tumpuan ramai wargamaya.

Walaupun busana tersebut disifatkan seperti ‘kertas minyak’ namun wargamaya kagum dengan Izara dalam usaha menutup aurat dengan mengenakan pakaian labuh dan longgar.

         

Sumber: Oh My Media

Atiqah Johari