“Cantik & Natural, Hebat Doktor Korea” – Lana Nodin Muat Naik Foto Terkini, Peminat Cakap Lagi Cantik Dari Sebelum Ini

Baru-baru ini hangat diperbualkan di media sosial mengenai pelakon Lana Nodin yang memaklumkan telah membuat pembedahan hidung di Korea.

Menurut Lana atau nama lengkapnya Mazlina Hasan Nodin, dia membuat pembedahan tersebut menelan kos sebanyak 50 juta Won bersamaan dengan RM167,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Tambah aktres itu, dia membuat pembedahan hidung tersebut hanyalah untuk kesihatannya malah mengakui wajahnya itu tidak mempunyai benang dan filler, kecuali hidung.

Terbaharu, Lana memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya sedang berswafoto tanpa menggunakan kesan ‘filter’ di wajah.

“Nak sangat tengok aku tak pakai filter kan.

“Tu gambar kedua aku tak de pakai filter dan 1 edit pun tak de…But foto pertama tu pakai (filter)…Dah nilai sendiri,” tulis Lana di ruangan kapsyen.

Namun, hasil pemerhatian XTRA di perkongsian Lana tersebut, rata-rata pengikut memuji wajah terbaharu pelakon tersebut biarpun membuat pembedahan hidung.

Malah ada juga mendakwa wajah sebelum membuat pembedahan agak seram berbanding sekarang yang kelihatan lebih cantik dan natural.

Menjengah ke ruangan komen rata-ratanya meluahkan rasa teruja melihat wajah terbaharu Lana sehingga memuji kehebatan pakar bedah Korea.

Khairil Khusyairi