Cari Banyak Kedai Tak Jumpa, Isteri Harris Anuar Mengidam Main Lato-Lato Pula

Umum mengetahui mengenai isteri kepada pelakon Harris Anuar, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Sebelum ini, Harris berkongsi bahawa isterinya yang hamil itu mempunyai tabiat pelik iaitu suka menghidu bau simen dinding.

Terbaru, Harris yang juga merupakan anak kepada usahawan kosmetik, Kak Ton itu memuat naik sebuah hantaran menyatakan isterinya itu sedang mengidam untuk bermain lato-lato.

Namun, dia meminta bantuan orang ramai setelah pergi ke beberapa buah kedai tetapi mainan tersebut tidak dijumpai.

“Geng bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi 5 kedai acheh tak jumpa-jumpa… tolonggg!,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti memaklumkan kepadanya lokasi di mana mainan yang tengah trending itu dijual.

Dalam pada itu, dilihat Pak Azad dan Ikmal Amry sempat meninggalkan komen nakal dan usikan kepada Harris.

Sekadar info, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 April 2022 yang berlangsung di Shah Alam.

Artikel Berkaitan: 4 Tahun Rahsiakan Percintaan, Harris Annuar & Asha Merican Selamat Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harris Annuar & Asha Merican Bakal Timang Cahaya Mata Pertama – “Mohon Doa Yang Baik-Baik”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hamil Anak Pertama, Asha Merican Suka Bau Simen Dinding – “Maybe Anak Dia Nanti Contractor”

Atiqah Johari