Events By: Salma Syahbuddin August 22, 2022 @ 6:00pm

‘Catwalk’ Sambil Hisap Rokok Di KLFW 2022, Netizen Mohon Noh Salleh Kembali ‘Berubah’ – “Dia Macam Frust je Dengan Hidup Dia Sekarang”

Selepas isu perceraian antara penyanyi, Noh Salleh dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina diketahui umum, ramai peminat nampaknya  tidak putus-putus mendoakan agar kedua-dua pasangan ini diberikan kekuatan dalam menjalani kehidupan termasuklah dalam membesarkan anak mereka, Musa.

Bahkan, Noh juga aktif dalam meneruskan kerjaya seni dan perniagaannya seperti biasa termasuklah muncul dalam pentas peragaan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Vokali kumpulan Hujan itu tampil memperagakan busana berwarna hitam dari jenama miliknya, Hikari Riders sambil memakai kaca mata hitam dan memegang rokok.

Bagaimanapun, rokok tersebut sebenarnya tidak dinyalakan dan hanya menjadi sebahagian props penyanyi itu sahaja.

Bagaimanapun, penampilan Noh itu sekaligus mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen yang berpendapat bahawa Noh kelihatan sedikit berbeza berbanding sebelumnya.

Malah, ada yang berpendapat, Noh kini sedang berperang dengan dirinya sendiri selepas isu perceraiannya bersama Mizz Nina diperkatakan pada awal Ogos lalu.

Sementara itu, pada awal kemunculan Noh berjalan di penyas KLFW 2022, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Skandal ini ada menyebut, “kau pergi mampus…kau mampus” sambil menuding jari ke arah penonton.

Namun, video tersebut hanya dapat dilihat menerusi Insta Stories penyanyi itu hasil perkongsian dari penonton dan rakan yang hadir pada slot pertunjukan fesyen terbabit.

Menjengah diruangan komen pula, rata-rata warganet kurang senang dengan perlakuan yang ditunjukkan Noh namun, ada juga segelintir yang memuji penyanyi itu kerana tampil menjadi dirinya sendiri.

@budieychannelNoh Hujan buat penampilan di Show Super Sunday di KLFW2022. Ala ala bad bois gitu.♬ original sound – onefaridzuan

 

 

 

Sumber: Instagram, TikTok Budi Channel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Tokti Latih Aafiyah Jadi Penyanyi?

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila menyampaikan lagu Ku Bersuara dendangan asal penyanyi, Ernie Zakri melalui aplikasi Smule. Yang lebih istimewa…kedengaran suara anak Siti iaitu Siti Aafiyah di penghujung lagu […]

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Kesian juga dekat yang pregnant tu.. Hmm apa pendapat korang?

Featured Tue, 18 Jul 2023
Featured Fri, 31 Dec 2021

“Selepas Sihat, Baru ‘Post’ Macam Sedang Nazak” – Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Berlakon Nazak

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur tindakan anaknya, usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf kerana bimbang usianya tidak panjang. Susulan hantaran Aliff di Instagram pada Rabu memaklumkan dia dimasukkan ke hospital kerana […]

Featured Tue, 20 Mar 2018

Makan Ikan Ini Ketika Hamil Bagus Untuk Dapat Anak Genius – Kata Pakar

Rupa-rupanya, ada cara untuk meningkatkan kepintaran bayi anda melalui makanan yang anda makan ketika hamil.

Trending Wed, 7 Jul 2021