Cayalah! Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon ‘Pulang’ Gamat

Hujan lebat tidak menghalang para peminat untuk bertemu dengan barisan pelakon kesayangan mereka di Majlis Ramah Mesra Bersama pelakon filem Pulang, semalam. Sporting habis! 

Majlis yang dihoskan oleh Haziq Hussni telah berlangsung di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur sekitar jam 3 petang semalam.

Acara dimulakan dengan persembahan trailer filem Pulang dan sedikit perkongsian menarik tentang filem ini. 

Kemunculan barisan pelakon Pulang tepat jam 3.30 cukup menggamatkan suasana lebih-lebih lagi apabila pelakon utama, Remy Ishak berada di atas pentas.

Antara pelakon yang turut hadir semalam di pentas utama adalah Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Alvin Wong.

Suasana menjadi lebih gamat apabila pengacara majlis, Haziq menjemput lima orang peminat naik ke pentas dan melakonkan beberapa babak yang ada di dalam filem Pulang. Kelakar habis!

Acara berakhir dengan sesi tandatangan para pelakon yang diturunkan di novel yang berjaya dijual semalam. Khabarnya, novel Pulang bakal dicetak lagi memandangkan sambutannya cukup luar biasa sekali!

Pulang diinspirasi daripada kisah hidup datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, iaitu Othman.

Pulang bercerita mengenai seorang kelasi, Othman, yang merantau bekerja sebagai kelasi dalam usaha memberikan kesenangan kepada isterinya, Che Thom.

Filem yang menelan kos RM 6 juta ini turut menampilkan bakal berada di pawagam seluruh negara bermula 26 Julai ini. Jangan ketinggalan untuk bawa seluruh keluarga korang untuk tonton ok!

SGMS Faida