Cerdiknya! Telatah Jebat Jayden Buat Bunyi ‘Cicak Tokek’ Mencuit Hati Ramai! – “Mesti Pak Hang Ajaq”

Gelagat anak selebriti Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden sekali lagi meraih perhatian netizen selepas melihat telatahnya membuat bunyi cicak tokek.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Jebat yang sedang berbual bersama ibu saudaranya, Noor Intan tentang cicak itu.

“Kalau bunyi tokek macam mana? Bunyi tokek la cicak yang besar tu,” katanya.

@niznm6 Bunyi tookey deh macam ni… tookey tookey #jebatjayden #jayden #fyp #fypviral #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #jebat #tokek #gecko #cicak #cicakbesar ♬ original sound – Noorintanz

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan kecerdikan si kecil itu kerana kebanyakannya tidak mengetahui bunyi sebenarnya cicak itu.

“Mana dia tahu ehhh. Saya yang besar ni baru tahuuuu bena tu bunyi cam ni hhhhahhaha.

“Aaaa bunyi tokek rupanya, ingatkan toke kedai ahahahha.

“Ish sungguh wei. Hang tau mana Jebat oii.

“Anak-anak baka Penang funny dan bijak hebat , pintar ligat,” komen netizen.

Malah, ada juga yang mendakwa bahawa bapanya, Sharnaaz yang mengajar si cilik itu membuat bunyi cicak itu.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 319,000 tontonan dan 17,000 tanda suka.Gelagat anak selebriti Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden sekali lagi meraih perhatian netizen selepas melihat telatahnya membuat bunyi cicak tokek.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Jebat yang sedang berbual bersama ibu saudaranya, Noor Intan tentang cicak itu.

“Kalau bunyi tokek macam mana? Bunyi tokek la cicak yang besar tu,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan kecerdikan si kecil itu kerana kebanyakannya tidak mengetahui bunyi sebenarnya cicak itu.

“Mana dia tahu ehhh. Saya yang besar ni baru tahuuuu bena tu bunyi cam ni hhhhahhaha.

“Aaaa bunyi tokek rupanya, ingatkan toke kedai ahahahha.

“Ish sungguh wei. Hang tau mana Jebat oii.

“Anak-anak baka Penang funny dan bijak hebat , pintar ligat,” komen netizen.

Malah, ada juga yang mendakwa bahawa bapanya, Sharnaaz yang mengajar si cilik itu membuat bunyi cicak itu.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 319,000 tontonan dan 17,000 tanda suka.

Fatin Nurain