Charlie’s Angels 3 Lebih Moden?

Filem Charlie’s Angels yang diangkat ke layar perak pada tahun 2000 dan 2003 bakal ke layar perak sekali lagi.

Filem yang menampilkan aksi lasak tiga wanita seksi ini turut menampilkan pengarah wanita dan Kristen Stewart sebagai pelakon utama.

Pelakon filem Twilight ini bakal memegang watak utama bersama aktres British, Naomi Scott dan Ella Balinska. Filem ini bakal diarahkan oleh Elizabeth Banks.

” Charlie’s Angels pada saya ialah antara jenama tulen pertama yang meraikan pemerkasaan golongan wanita sejak kemunculannya pada tahun 70an. Filem ini adalah satu penghormatan kepada legasi Charlie Townsend dan agensi beliau tetapi pada masa sama, menampilkan ‘Angels’ yang moden dan global,” kata Banks dalam satu kenyataan.

Banks yang juga pengarah filem Pitch Perfect 2 turut bertindak sebagai penerbit bersama dan penulis skrip kedua. selain bakal membawa peranan sebagai Bosley, sebelum ini digambarkan sebagai lelaki dalam siri televisyen serta dua filem terdahulu.

Siri terbaru Charlie’s Angels ini menandakan era baru Hollywood yang semakin mempercayai bakat golongan wanita untuk mengarah filem berbajet besar dan mempromosikan kepelbagaian kaum kerana Scott berketurunan India manakala Balinska pula ialah aktres berdarah campuran.

Siri terbaru Charlie’s Angels ini dijangka menemui penonton pada September tahun depan namun maklumat lanjut atau tajuk filem masih belum didedahkan. Who Runs The World? Girls! – Reuters.

SGMS Faida