Penyanyi lagu Warkah Untukku, Ara Johari, baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-21, pada 27 Jun lalu. Si

“Pada usia sebegini, Ara harus memikirkan soal masa depan. Untuk itu, sasaran Ara adalah mahu bekerja keras dan sentiasa beringat.

“Bukanlah hendak dikatakan Ara tidak mahu menikmati zaman muda, cuma biarlah ada batasannya. Kata orang, ketika kudrat masih kuat inilah kita kena berusaha supaya dapat menuai hasilnya apabila sudah tua nanti.

“Lagipun, keluarga Ara bukanlah daripada kalangan orang berada. Jadi, teringin juga untuk membahagiakan kedua-dua orang tua. Manalah tahu satu hari nanti jika Ara mendirikan rumah tangga, nak juga tengok bakal anak hidup senang.” Katanya 

Selain menjadi penyanyi, Ara juga mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan katering yang diusahakan oleh keluarganya.

“Buat masa ini, Ara Kitchen hanya dijalankan secara kecil-kecilan. Tukang masak kami pun adalah emak dan abah Ara.

“Memang Ara ada juga cita-cita untuk membesarkan perniagaan dengan membuka restoran, tetapi bukanlah dalam masa terdekat. Ara memang memasang impian untuk membuka sebuah restoran yang besar.” Jelasnya

Meskipun penyanyi lagu Bunga itu turut mengambil berat tentang masa hadapannya, namun menyentuh bab perkahwinan, Ara masih belum memikirkan lagi tentang hal tersebut. Dan, bersyukur ibunya juga bukan jenis yang mendesak tentang isu tersebut. 

“Tiada umur sasaran untuk Ara mendirikan rumah tangga. Kalau ada jodoh, Ara akan berkahwin juga. Emak pun tidak pernah membuka mulut mengenai perkara ini.

“Pesannya, Ara kena sentiasa beringat untuk masa depan dan pandai-pandai jaga diri… Itu saja,” Jelasnya

Semoga apa yang diharapkan oleh Ara dapat dicapai, selari dengan umur yang mematangkan dirinya. Kami doakan yang terbaik!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops