Hebat! Paling Muda, Paling Kaya

Anggota keluarga termuda Kardashian nampaknya sudah mula ‘mencaras’ carta jumlah pendapatan adik beradiknya yang lain.

Kylie Jenner dilaporkan bakal mencapai nilai kekayaan USD$1 bilion sebaik sahaja mencecah usia 21 tahun Ogos ini.

Apa tidaknya, bintang realiti itu dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$1 juta (RM4 juta) untuk setiap perkongsian berbayar (IG Review) di Instagram miliknya.

Pendapatan lumayan itu menjadikan Kylie, 20, berada di tangga pertama untuk selebriti yang menerima bayaran tertinggi di Instagram.

E! Online turut melaporkan Kylie telah mengalahkan kakaknya sendiri, Kim Kardashian dan Selena Gomez untuk mendapat gelaran itu.

Untuk rekod, Kylie mempunyai 111 juta pengikut di laman sosial itu.

Sebelum ini, Kylie Jenner pernah menghadiahkan sebuah beg sandang jenama mewah, Louis Vuitton (LV) kepada salah seorang peminat setianya. Untungnya!

SGMS Faida

Recent Posts