Hiburan By: Fatin Nurain October 16, 2023 @ 12:28pm

Chef Wan Buat Ucapan Hari Lahir Untuk Arwah Ibu, Sempat Titip Pesanan Makan Dalam – “Hidup Tak Selamanya Muda Pun..”

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tampil membuat ucapan ulang tahun kelahiran untuk arwah ibunya, Noraini Abdullah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan sempat mengenang momen ketika hayat arwah ibunya masih ada.

Menurut Chef Wan, dia sudah menjangka ibunya bakal meninggalkan mereka selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-90 tahun.

Malah, ketika itu dia kerap mengingatkan ahli keluarga terdekatnya supaya meluangkan masa bersama arwah ibunya secukupnya sebelum akhir hayatnya.

“Today is my late mom 91st birthday. When we celebrated her 90th birthday I knew deep inside me that it would be our last and farewell party for her considering how advance her cancer was by then.

“I kept reminding my siblings and the rest of my families members to spent more time with her. Three months later she really left us.

“Bila ada some of my nephews or nieces mau pun anak sendiri said to me “Oh I missed nenek so much berbakul dengan hamput dik saya. Masa hidup dan sakit boleh kira siapa yang datang menjenguk beliau pun.

“Bila sakit dan coma penuh satu bilik anak-anak buah ni. Muka tak nampak pun tiba-tiba menjelma. Semua pengalaman yang benar ini meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hidup saya sendiri sampai hari ini,” tulisnya.

Menyedari perkara itu, Chef Wan turut menyatakan dia lebih selesa bersendirian sejak akhir-akhir ini dek kerana kesal dengan sikap sesetengah ahli keluarganya.

Malah, tukang masak terkenal itu juga sempat menitipkan nasihat dan pesanan buat orang ramai untuk menghargai orang sekeliling yang masih ada agar tidak menyesal kemudian hari.

“That is why I am always on my own these days as what happened in the past left me with so much frustration and disappointment.

“Yes its true. Bila kita tepuk air di dulang itu yang pasti terpercik balik ke muka sendiri. But it always take some one with courage to speak out about this as it does happened to so many families.

“Buat apa la merindui orang yang sudah pergi dan tak kan kembali. Ketika Allah beri peluang ini kenapa kita tak ambil kesempatan ini. We dont bother? we are too busy or we are too selfish masing-masing with our own time.

“This is life, like it or not some day we will all go through the same journey. Hidup tak selama-lamanya muda pun. While our parent are still alive or Tok nenek kita sayangi lah mereka.

“Give some quality time to show our love and appreciation. Janganlah dah pergi esok baru nak menyesal. You will leave with that huge regret for the rest of your life! By that time it’s too late!,” katanya.

Dalam pada itu, Chef turut meluahkan rasa puas hatinya kerana dapat mengotakan janjinya terhadap arwah ayahnya untuk menjaga ibunya sehingga ke akhir hayatnya.

“I promised my late dad that I would look after my mom and give her the best sehingga hujung nyawanya. Allah saksinya.

“To arwah emak selamat hari jadi emak. Not a single day I have not forgotten you. Thank you to Allah for allowing me and giving me the trust to look after my mom all this years. We all had wonderful moments with her too up here.

“May her soul rest in peace and place in heaven. Al-fatihah,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jun 2022

[VIDEO] Terserempak Kereta Atas Highway, Balu Arwah Abam Sebak Kenang Memori

Allahu sebaknya… Semoga Hidayah kuat semangat dan dimurahkan rezeki selalu ❤️❤️❤️

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Bagi Masa Untuk….” – Ini Reaksi DSV Apabila Cik B Potong Rambut Persis Lelaki

Baru-baru ini, anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B mencuri perhatian ramai kerana rambutnya persis seorang lelaki. Menerusi platform TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 17, berkongsi […]

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri mendedahkan sifat pemurah yang dimiliki oleh penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia sebentar tadi. Menurut Nadir, dia terkejut selepas mengetahui perkhabaran mengenai pemergian penyanyi itu kerana dia […]

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Adira Dan Dato’ Red Buang Yang Keruh Demi Anak-Anak?

Alhamdullillah…semoga semuanya berakhir dengan kesudahan yang baik.

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

方泂镔1月12日回马与粉丝捞生聚会

1月12日方泂镔将带着最新专辑回马与大家见面啦!