Cover Album Yuna Dijadikan Trend Pengguna Media Sosial – “#MasihYuna Challenge Ke Ni?”

Baru-baru ini penyanyi popular, Yuna telah melancarkan album yang dirakamkan secara digital atau Extended Play (EP) yang berjudul Masih.

Dan, apa yang lebih menarik perhatian adalah, gambar kulit album tersebut telah dijadikan ikutan anak muda masa kini untuk menangkap foto mereka.

Menyedari hal tersebut, penyanyi itu akhirnya tampil memebrikan respons terhadap peminat-peminatnya menerusi ciapan di Twitter.

“#MasihYuna challenge ke?” Ciap Yuna di ruangan ‘quote tweet’ dari salah seorang peminatnya.

Sekadar info, trend tersebut menjadi tular apabila pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memuat naik gambarnya seperti mana kulit album Yuna menerusi akaun Twitter miliknya.

“Nak buat lagu dengan @Yunamusic” ciap Naim di twitter.

Untuk rekod, album Masih yang dilancarkan pada 27 April lalu mengandungi empat buah lagu berbahasa Melayu yang berjudul Menanti, Asing, Masih Sunyi dan Camaraderie.

Izzi Farhana

Recent Posts